spot_img
spot_img

Jangan bawa masuk parti guna nama agama ke Sabah

spot_img

SHAH ALAM – Parti politik yang menggunakan nama agama mungkin berjaya di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sabah, kata Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri unik kerana rakyatnya bertolak ansur dan mencintai sesama sendiri tanpa mengira kaum serta agama.

“Jangan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama di Sabah. kekalkan parti itu di Malaya (Semenanjung Malaysia) sahaja.

- Advertisement -

“Saya? Saya seorang muslim yang cintai agama saya. Namun cara orang Sabah mencintai agama adalah berbeza dan orang Sabah tidak suka agama serta politik dihubung kaitkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Biarpun tidak menamakan parti tersebut, ia difahamkan merujuk kepada Pas di mana wujud polemik selepas terdapat cadangan supaya parti itu turut menganggotai Kerajaan Negeri Sabah.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, beliau berharap tidak ada mana-mana parti politik yang menggunakan nama agama masuk ke Sabah.

- Advertisement -

“Mohon maaf, jangan bawa mana-mana parti politik yang menggunakan nama agama ke Sabah. Kalau anda faham keadaan Sabah, tentu anda akan bersetuju dengan kami,” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img