spot_img
spot_img

PAS tegaskan beri sokongan penuh kepada GRS

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 Okt  — PAS hari ini mengulangi pendirian bahawa mereka menyokong penuh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diberi mandat mengemudi kerajaan Negeri Di Bawah Bayu itu selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 pada 26 Sept lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai antara komponen Perikatan Nasional.

“Sayugia ditegaskan bahawa PAS, khususnya di Sabah, mempunyai ahli yang terdiri daripada kalangan pelbagai etnik dan suku rakyat Sabah termasuk yang bukan beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS.

- Advertisement -

“Justeru PAS yakin kepimpinan kerajaan GRS yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama serta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img