spot_img
spot_img

Ketepikan perebutan kuasa, utamakan rakyat: Annuar Musa

spot_img

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini sekarang.

“Covid-19 merupakan satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly (jangan pandang ringan perkara ini) dan jangan pula kita mendahulukan perebutan kuasa politik.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi nyawa dan keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

- Advertisement -

Beliau sebelum itu ditanya mengenai dapatan tinjauan yang dibuat oleh Astro Awani yang mendapati lebih 80 peratus netizen tidak bersetuju jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan itu yang bersetuju dengan pandangan netizen tersebut berkata berdasarkan pengalamannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, adalah sukar untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat.

“Sewaktu saya mengendalikan jentera pilihan raya di Sabah, memang berlaku ketidakpatuhan terhadap SOP dan apabila mereka pulang ke Semenanjung berlaku penularan wabak itu di sini,” katanya.

- Advertisement -

Sebelum ini, sesetengah pemimpin politik menggesa agar diadakan PRU15 dalam masa terdekat susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sementara itu, Annuar menasihati warga kota agar mengamalkan Kawalan Pergerakan Sukarela yang diterjemahkan sebagai “meminimumkan pergerakan kepada yang perlu sahaja.”

“Contohnya, saya sendiri hanya pergi pejabat untuk perkara penting dan jika tiada apa-apa saya kurangkan pergerakan. Ini bukan bermakna kuarantin tetapi mengawal,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 260 kes baharu Covid-19 di negara ini dengan 259 adalah penularan dalam negara. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img