spot_img
spot_img

Ahli keluar parti, Bersatu Padang Terap tidak tergugat

spot_img

PADANG TERAP – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Padang Terap tidak tergugat dengan tindakan sebahagian kecil ahlinya yang bertindak keluar parti sebelum ini.

Ketua Bahagiannya, Syed Fadzil Syed Embun berkata, tindakan itu sebenarnya membantu Bersatu membersihkan parti daripada ahli yang bersikap talam dua muka.

Katanya, Bersatu bahagian berkenaan mempunyai seramai 4,600 termasuk pertambahan ahli baharu seramai 150 orang pada bulan lalu.

- Advertisement -

“Kemasukan ahli-ahli baharu ini memberikan impak positif kepada kita bahawa parti ini masih relevan di bahagian Padang Terap dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti,”katanya ketika ditemui pada program Jelajah Penerangan Isu-Isu Semasa di Dewan Terap Inn, Kuala Nerang di sini,kelmarin.

Menurutnya, Bersatu Padang Terap juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah diatas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru.

“Kemenangan itu membuktikan rakyat semakin yakin dengan kepimpinan kerajaan sekarang yang diketuai oleh Muhyiddin.

- Advertisement -

“Saya berharap penduduk di Padang Terap juga dapat ‘membuka mata’ sebagaimana penduduk Sabah yang memilih parti sesuai untuk disertai,” katanya.

Pada Ogos lalu, lebih 100 orang ahli Bersatu Padang Terap mengisytiharkan keluar parti sekali gus menyokong parti Pejuang Tanah Air yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. BersatuPadang TerapKuala Nerang

Sumber-SINAR

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img