spot_img
spot_img

PBB tidak berhasrat kembali sebagai parti komponen BN

spot_img

KUALA LUMPUR: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) tidak berhasrat untuk kembali menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada awal tahun depan.Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, buat masa ini pihaknya kekal bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun tetap menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).Beliau berkata, apa yang penting untuk PBB adalah memajukan negeri itu serta mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).“Sejak keluar BN, kami bersifat friendly dengan Kerajaan Persekutuan dan bekerjasama erat dengan PN iaitu gabungan Ahli Parlimen yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, UMNO dan juga komponen BN,” katanya selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021-2025 di sini pada Selasa.

Sebelum ini, PBB bertindak keluar daripada BN selepas parti itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.Dalam pada itu Fadillah berkata, pihaknya mahu memberi fokus dan tumpuan kepada pembangunan dan hak-hak Sarawak di bawah MA63.“Sama ada akan balik kepada BN, sila tanya Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg), tapi buat masa ini kami tidak berhasrat.“Saya juga tidak tahu apakah pilihan raya negeri akan diadakan serentak dengan PRU15 nanti. Itupun kena tanya ketua menteri kami dan juga Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” ujarnya.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img