TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Hajiji tiba di Istana Negeri untuk Istiadat Angkat Sumpah

September 29, 2020 10:44 am – zul

KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri pada pukul 10 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16, di sini.Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Super King berwarna hitam dilihat sempat melambai tangan ke arah media.Istiadat Angkat Sumpah yang diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dijadualkan berlangsung pada pukul 10.30 pagi ini.Terdahulu, turut hadir sama adalah rombongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk ADUN Lamag, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Difahamkan, seramai 150 wakil dijemput menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah.Namun, dianggarkan hanya 80 orang sahaja dibenarkan memasuki balairung Istana Negeri.

Pada Isnin, Hajiji menerima watikah daripada Juhar bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.Watikah tersebut diserahkan beberapa jam selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.Sementara, Bung Moktar yang sebelum ini antara yang disebut menjawat jawatan tersebut menegaskan sekarang adalah masa untuk menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat dan negeri.Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, GRS yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi.

Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid