TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Hajiji dipanggil menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Negeri

September 29, 2020 10:35 am – zul

KOTA KINABALU, 28 Sept — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini dipanggil menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji yang berpakaian blazer, bersongkok dan berkemeja putih tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam. 

“Saya dipanggil,” katanya menjawab ringkas soalan pemberita mengapa beliau ke istana itu di sini hari ini. 

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. 

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri. 

Sumber-BERNAMA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid