TERKINI
Buletin Pendapat Politik Resepi

Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah

September 29, 2020 12:44 pm – zul

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.Beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri

Dua lagi Timbalan Ketua Menteri yang dilantik ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam.Dr Jeffrey dan Dr Joachim juga masing-masing akan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan serta portfolio Menteri Perdagangan Perindustrian.

Turut mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah menteri Sabah ialah Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Berikut ialah senarai portfolio Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sabah:

Ketua Menteri : Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan : Datuk Seri Bung Moktar Radin

Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan : Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perdagangan Perindustrian : Datuk Dr Joachim Gunsalam

Menteri Kerja Raya Sabah : Datuk Seri Masidi Manjun

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah : Datuk Jahid Jahim

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

covid