spot_img
spot_img

Serbuan kelab malam dipertingkat – PKP

spot_img

PUTRAJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 661 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan tertinggi masih lagi melibatkan aktiviti di kelab malam iaitu sebanyak 577 individu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 648 individu telah dikompaun, manakala 13 lagi direman. 

Menurut beliau, antara kesalahan lain yang dikenal pasti ialah ketiadaan penjarakan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30),  gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (lapan), premis beroperasi lebih masa (tiga) dan seorang gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah.

- Advertisement -

“Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong dan seorang penyeludup. 

“Turut berjaya dirampas sembilan kenderaan darat melalui 81 sekatan jalan raya,” katanya dalam laporan harian pelaksanaan PKPP di sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 36,344 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 66 hotel dan sembilan premis lain.

- Advertisement -

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,235 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 103 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan selain 28,006 individu telah 

dibenarkan pulang.

“Setakat semalam, sebanyak 12 operasi sanitasi meliputi dua zon Merah, dua zon Kuning dan enam zon Hijau yang melibatkan lima negeri antaranya Kedah, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak dan Pahang,” katanya. -UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img