spot_img
spot_img

Amazfit Neo Kini Rasmi Di Malaysia – Jam Retro Pintar RM149

spot_img

Amazfit baru-baru ini ada melancarkan sepasang jam tangan retro pintar. Ia adalah penjejak kesihatan dalam bentuk jam tangan retro seakan Casio siri Vintage. Produk ini diberi nama Amazfit Neo. Ia memuatkan pelbagai ciri dan fungsi seakan penjejak kesihatan Amazfit, seperti yang dilihat pada Amazfit T-Rex, Amazfit Bip dan banyak lagi.

Produk ini kini rasmi dijual di Malaysia pada harga RM149. Sempena hari pelancaran, Amazfit Neo ini ditawarkan pada harga RM139 sahaja untuk 300 pembeli terawal. Bagi yang berminat, anda boleh beli produk ini melalui ShopeeAmazfit Malaysia Official Store bermula 2/10 ini.

Ia menggunakan skrin 1.2-inci STN LCD Always-On Display, yang mana boleh dilihat dengan jelas di bawah cahaya matahari dan turut berfungsi seakan jam klasik biasa. Tiga mod sukan terbina, iaitu berlari, berjalan dan berbasikal serta mempunyai perlindungan kalis air 50 meter. Amazfit Neo turut menyertakan sokongan pengimbas nadi sentiasa aktif 24 jam yang mengimbas setiap 30 minit, pemantauan tidur SomnusCare dan juga penilaian PAI seperti produk Amazfit yang lain.

- Advertisement -

Bateri hanya 160mAh tetapi ia boleh bertahan selama 4 minggu dalam satu pengecasan. Dengan penggunaan mod jam biasa, ia boleh bertahan selama 37 hari. Amazfit Neo juga adalah salah satu produk ekosistem Zepp yang menyokong iOS dan Android.

Sumber-AMANZ

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img