spot_img
spot_img

Saya percaya perancangan Tuhan

spot_img

TAMBUNAN: “Kalau Allah ber­kata, hari ini sajalah kamu jadi Perdana Menteri, maka sampai hari ini sajalah saya jadi Perdana Menteri.

“Saya yakin dan percaya kepada Tuhan.”

Demikian kenyataan terbaharu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan status jawatan yang disandangnya susulan ‘pengumuman secara tiba-tiba’ oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai ‘majoriti kukuh’ dan kerajaan Perikatan Nasio­nal (PN) sudah tumbang.

- Advertisement -

Muhyiddin berkata, sehingga hari ini beliau masih Perdana Menteri yang sah mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan kerana masih belum dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu.

Tegasnya, beliau bukanlah seorang yang ‘gila kuasa’ dan memberi jaminan akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang seandainya benar Anwar mempunyai sokongan sejumlah ahli parlimen seperti mana yang didakwa.

Namun, Perdana Menteri berkata, sehingga hari ini Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilihat masih gagal untuk memberi gambaran yang jelas tentang siapakah yang menyokongnya, berikutan hari demi hari ada sahaja parti dan ahli parlimen kerajaan PN yang tampil membuat penafian terbabit dalam gerakan Anwar.

- Advertisement -

“Dia (Anwar) kata bilangannya lebih besar sampai hampir-hampir dua pertiga. Dua pertiga itu sudah luar biasa. Tetapi setakat hari ini saya sendiri tidak tahu, secara zahirnya kenyataan itu mungkin betul, mungkin tidak.

“Di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) antara penyokong kuat PN menafikan. Mungkin Anwar kata tak masuk GPS, saya tidak tahu, GPS ada 18 kerusi.

“Kemudian ada berita yang mengatakan ahli parlimen daripada UMNO. Dalam beberapa hari ini pula banyak kenyataan yang dikeluarkan ahli parlimen UMNO menafikan bahawa mereka ada dalam senarai.

“Tidak apalah, saya tidak gila kuasa. Kalau dah begitu keadaannya, peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dan Seri Paduka sudah ditunjukkan bahan bukti, kalau ada. Maka tentu Seri Paduka akan menitah untuk datang menghadap baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis rapat umum dan semarak PN di Dewan Pisompuruan di sini semalam.

Rabu lalu, Anwar mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Katanya, beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum itu (Selasa) tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. -UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img