TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

PRN Sabah: Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan

September 26, 2020 11:35 pm – zul

KOTA KINABALU : Sorakan kemenangan bergema di lokasi berkumpul pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di Ibu Pejabat UMNO Sabah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan GRS menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Menurut Bung Moktar, dengan keputusan itu langkah seterusnya adalah untuk gabungan itu membincangkan hala tuju parti apabila membentuk kerajaan negeri baharu.”Setakat jam 9.23 malam ini, saya ingin maklumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mendapat majoriti mudah. BN Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan oleh rakyat Sabah yang ingin keluar daripada jajahan Parti Warisan.”GRS akan bincang untuk bincang hala tuju dan masalah lain. Kerajaan baharu ini akan terus membela nasib rakyat Sabah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Pada masa sama, GRS turut melahirkan penghargaan kepada jentera parti dan mereka yang terlibat dalam memastikan kemenangan parti pada PRN Sabah.”Terima kasih kepada jentera UMNO dan komponen parti lain yang bantu di Sabah termasuk Presiden UMNO, naib-naib, “bossku” dan lain-lain.”Saya yakin kerajaan baharu ini, kita akan bincang secara terperinci mengenai hala tuju ke arah mana kerajaan ini untuk selesai masalah rakyat,” ujarnya lagi.

Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid