spot_img
spot_img

Kalau Anwar tak sudi, takkan kami nak tawar diri

spot_img

ALOR SETAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan ‘terhegeh-hegeh’ memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa memperoleh sokongan majoriti.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, setakat ini Presiden PKR itu tidak mempelawa Pejuang untuk berbincang bagi mengambil alih kerajaan.

Malah, menurutnya, parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) juga tidak akan memberi sokongan kepada Anwar.

- Advertisement -

Katanya, jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pejuang dan parti-parti itu ialah 18 orang.

“Mungkin jumlah 18 (kerusi Parlimen) itu dianggap kecil apabila Anwar menyebut kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam jumlah sokongan yang beliau ada.

“Takkan kami pula nak terhegeh-hegeh tawar 18 kerusi yang ada sedangkan orang itu (Anwar) pun macam tak sudi,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel bagi program memperingati bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di sini malam tadi.

Rabu lalu, Anwar mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, Anwar perlu membuktikan kenyataan beliau telah memiliki majoriti menyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Jelasnya, bukti tersebut perlu disertakan dengan akuan sokongan oleh semua ahli Parlimen yang didakwa bersamanya bagi tujuan itu.

“Ketika ini tersebar nama-nama ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan bersama Anwar tetapi seorang demi seorang telah menafikannya. Sudah tentu perkara ini menimbulkan banyak persoalan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img