spot_img
spot_img

Muhyiddin persoal jumlah sebenar Ahli Parlimen sokong Anwar

spot_img

TAMBUNAN, 25 Sept — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurut Muhyiddin, Presiden PKR itu gagal menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya tanpa mengemukakan sebarang akuan bersumpah (SD). 

“Dia (Anwar) buat kenyataan dan apabila kita tanyakan siapa yang sokong dia dan siapa yang telah memberikan SD untuk menyokong dia, dia tidak menjawab, dia kata tunggu lagi.

- Advertisement -

“Tetapi setakat hari ini saya sendiri pun tidak tahu, kenyataan itu mungkin betul mungkin tidak,” katanya semasa berucap pada majlis rapat umum dan semarak Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini. 

Anwar dalam sidang media Rabu lalu mendakwa mendapat sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img