TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Semua ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin – Abdul Hadi

September 24, 2020 11:04 am – zul

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah mengikut Perlembagaan.Beliau berkata, pada masa yang sama, Pas akan terus memperteguhkan semangat setia kawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan PN dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebooknya di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan tiada seorang pun wakil rakyat parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Presiden PKR itu mengumumkan mendapat sokongan dan majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.Dalam sidang media di Kuala Lumpur tengah hari tadi, beliau mendakwa, mendapat sokongan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid