spot_img
spot_img

KITA PRIHATIN: Kerajaan umum BPN 2.0 dengan peruntukan RM7 bil

spot_img

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memperkenalkan Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin, atau KITA PRIHATIN dengan peruntukan RM10 bilion.Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu diambil selepas melihat ia amat diperlukan rakyat dalam zaman yang serba mencabar ini.

Beliau berkata, pakej itu memberi tumpuan kepada empat golongan – B40 berkeluarga dan bujang, M40 berkeluarga dan bujang, golongan pekerja pelbagai bidang, dan peniaga mikro pelbagai bidang.Melalui pakej KITA PRIHATIN, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, dengan peruntukan RM7 bilion.

“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.”Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober 12 adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: KITA PRIHATIN, hari ini.Perdana Menteri berkata, jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalahseperti berikut:Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; danKeempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang.

- Advertisement -

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img