spot_img
spot_img

Anwar dakwa Perikatan Nasional jatuh, KJ kata tak ada apa-apa yang ‘tumbang’

spot_img

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin nafi bahawa kerajaan telah tumbang seperti mana yang didakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas, awal hari ni.Ahli Parlimen Rembau itu, melalui ciapan di Twitternya berkata, Mesyuarat Kabinet berjalan seperti biasa hari ni, walaupun Anwar mendakwa mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.Dan sokongan itu, dakwa Anwar lagi, turut hadir daripada beberapa Ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” kata Khairy, sambil mengepilkan satu gambar menunjukkan keadaan mesyuarat itu di Putrajaya, sebentar tadi.

Terdahulu, Anwar mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh kerana kekurangan majoriti yang diperlukan di dalam Dewan Rakyat.Dalam sidang media itu, beliau berkata, sokongan yang didapati untuk menjadikannya Perdana Menteri adalah cukup kukuh, bukan sekadar tambahan 5 – 10 Ahli Parlimen sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img