spot_img
spot_img

Zii Jia tak puas hati dengan prestasi

spot_img

WALAUPUN berjaya membantu pasukan A muncul juara Piala Presiden hari ini, perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia mengakui seakan hilang fokus tambahan pula dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunda saingan Piala Thomas 2020. 

Menurut pemain ranking ke-10 dunia itu, dia kurang berpuas hati dengan aksinya sebentar tadi dan tidak mampu memberikan persembahan terbaik walaupun berjaya mengalahkan Cheam June Wei 22-20, 21-18.

“Mungkin sudah lama tidak beraksi di kejohanan antarabangsa dan selama ini asyik berlatih saja. Saya sendiri hilang fokus disebabkan tidak ada sasaran. Kalau sebelum ini kita sibuk dengan kejohanan dan ada sasaran,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

- Advertisement -

Ujar pemain kelahiran Kedah itu, secara jujurnya dia tidak berasa puas beraksi di kejohanan domestik.

“Rasanya pun sedikit kurang berbanding kejohanan betul. Bagaimanapun, untuk mengekalkan kami dengan suasana pertandingan kejohanan seperti ini harus diadakan lagi. 

Selepas Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan A, gandingan beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula menghadiahkan mata kedua selepas menumpaskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 23-21, 21-18. 

- Advertisement -

Pasukan A disahkan sebagai juara kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), oleh Ng Tze Yong yang menghadiahkan mata ketiga selepas mengalahkan Leong Jun Hao 21-19, 21-11. 

Dalam pertembungan beregu kedua, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya mencuri satu mata buat pasukan B selepas mengalahkan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-19, 21-14. 

Sementara itu, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar berjaya menumpaskan Lee Shun Yang 21-15, 23-21 bagi membolehkan pasukan A mencatat kemenangan 4-1 sekali gus merangkul trofi Piala Presiden.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img