spot_img
spot_img

Legenda negara lega bebas Covid-19

spot_img

LEGENDA berbasikal negara yang juga pemenang pingat emas Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Seap) 1965, Shaharudin Jaffar, 80, lega berikutan dirinya tiada kaitan dengan Covid-19.

Dia yang ditahan wad selama lima hari dan dikuarantin lapan hari selain terpaksa menjalani pemeriksaan khas disahkan bebas daripada pandemik berkenaan dan kini kembali ke rumahnya di Shah Alam.

Menurutnya, dia yang sering demam, batuk dan tidak sihat disyaki dijangkiti Covid-19 namun kini lega dirinya tidak terkait dengan wabak berkenaan.

- Advertisement -

Baginya, pernah dua kali menjalani pembedahan membuang selaput mata dan pintasan jantung juga mengakui hospital sebagai rumah kedua buatnya akibat komplikasi diabetis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi.

Apapun, dia tabah menghadapi semua itu termasuk isterinya yang disahkan menghidap kanser darah sambil berdoa kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik walaupun kerap keluar masuk hospital.

Dalam masa sama, dia bangga berikutan Kejohanan Berbasikal Kebangsaan yang bakal berlangsung di Melaka minggu ini dapat diadakan walaupun kekangan Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

- Advertisement -

“Tahniah kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang berjaya menganjurkan kejohanan dalam situasi sebegini. 

Sehubungan itu, besar hasrat saya ingin ke Melaka menyaksikan perlumbaan berkenaan, tambahan saya pernah memegang jawatan Setiausaha Persatuan Berbasikal Negeri Melaka lebih 30 tahun lalu.

“Saya juga mendoakan kejohanan berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya yang baru sahaja keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Shaharudin yang kehilangan sebahagian cuping telinga selain pendarahan dan kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sesi latihan menjelang Sukan Olimpik Mexico 1968 nyata redha dengan ketentuan yang dihadapi kini. 

Pemenang gangsa kejohanan Asia 1963 yang pernah memegang jawatan Setiausaha dalam Persatuan Berbasikal Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan serta Setiausaha Persekutuan Berbasikal Malaysia 1970- 1984 itu juga berdoa diberi kelapangan masa dan kesihatan positif untuk dapat menjejak bumi Hang Tuah, Ahad ini.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img