spot_img
spot_img

Ineos tunjuk belang, Roglic kekal jersi kuning

spot_img

La Roche-sur-Foron: Primoz Roglic mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan walaupun dicabar rakan senegara, Tadej Pogacar selepas tamat saingan peringkat ke-18 Tour de France (TDF) semalam tatkala dua pelumba pasukan British, Ineos menamatkan perlumbaan dengan kedudukan 1-2.

Selepas berdepan masalah yang menyaksikan mereka menyingkirkan ketua pasukan Egan Bernal Rabu lalu, rakan sepasukannya, Michal Kwiatkowski berjaya muncul juara peringkat ke-18, manakala Richard Carapaz pula meraih gelaran Raja Bukit tatkala kedua-dua pelumba itu melintasi garisan penamat tiga minit meninggalkan pelumba lain. 

“Saya berjaya melakukan kayuhan yang paling baik, cara kami mengayuh bersama-sama dengan Richard adalah sangat luar biasa.

- Advertisement -

“Selepas Egan meninggalkan perlumbaan dia memang berasa sedih tapi sempat mengucapkan selamat berjuang kepada kami dan sekarang kami sudah melalui hari yang menggembirakan. Inilah TDF,” kata pelumba Ineos kelahiran Poland itu yang juga bekas juara dunia.

Carapaz yang juga juara Giro d’Italia ditugaskan untuk menguasai tiga zon pendakian bertaraf Alpine yang menyaksikan pasukan Ineos menguasai perlumbaan tatkala pelumba kelahiran Ecuador itu tidak henti-henti melakukan serangan, sekali gus berjaya merampas jersi polka dot. 

Carapaz dan Kwiatkowski jelas gembira dengan hasil kerjasama mereka, yang akan memberi kelegaan bagi prinsipal Ineos, Dave Brailsford.

- Advertisement -

“Dapat menyesuaikan diri strategi baru dengan pantas adalah kunci kejayaan,” kata Brailsford.

Bagi perebutan pendahulu keseluruhan, perlumbaan esok membabitkan ujian masa yang mampu membuka ruang buat Pogacar untuk memintas Roglic.

Roglic mendahului Pogacar dengan hanya kelebihan 57 saat dan saingan peringkat ke-19 hari ini bakal menyaksikan kedua-dua pelumba akan menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img