Apple bukan satu-satunya syarikat yang melancarkan jam tangan pintar mereka.
Semalam Samsung Galaxy Watch3 Titanium akhirnya dilancarkan secara rasmi. Keseluruhan kerangka jam diperbuat daripada bahan titanium yang dipadankan dengan tali yang diperbuat daripada besi.
Sungguhpun begitu kerangka jam adalah lebih ringan berbanding Watch3 yang diperbuat daripada logam tahan karat sebelum ini.
Versi ini mempunyai skrin 1.4″ Super AMOLED dengan kaca Corning Glass DX. Di dalam tubuh titanium sebesar 45mm diletakkan pemproses Exynos 9110, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 8GB, dan bateri sebesar 340 mAh. Tiada perbezaan spesifikasi di sini berbanding model biasa.
Jam mempunyai roda kawalan berputar pada bahagian bezel dan dua butang sisi untuk melancarkan talam aplikasi dan kembali ke muka hadapan.
Sistem operasi yang digunakan ialah Tizen Wearable 5.5 yang membolehkan ia digunakan pada peranti Android dan iOS.
Terdapat sensor accelerometer, barometer, gyro , pengimbas nadi optikal, ECG dan cahaya. Ia mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5ATM dan melepasi piawaian MIL-STD-810G.
Samsung Galaxy Watch3 Titanium akan hanya ditawarkan dalam warna hitam tanpa sokongan LTE pada harga $600 (~RM2478) seutas.
SUMBER RUJUKAN: SAMSUNG