spot_img
spot_img

Robot Berwajah Seakan Arnab Ini Akan Menggantikan Pekerja Kedai Serbaneka Di Jepun

spot_img

Julai lalu syarikat Family Mart dan Lawson telah mengumumkan ujian menggunakan robot untuk melakukan tugas meletakkan barangan dalam rangkaian kedari serbaneka mereka.

Robot keluaran syarikat Telexistence digunakan dan rekaannya telah diperlihatkan secara rasmi.

Robot Model T ini berbentuk seperti manusia dengan kepala bertelinga panjang seakan seekor arnab.

- Advertisement -

Setiap tangan hanya mempunyai tiga batang jari. Terdapat juga tangan tambahan dengan penyedut untuk mengangkat produk yang bersaiz lebih besar.

Dua kamera sebagai mata akan digunakan untuk melihat oleh kakitangan manusia yang mengawal Model T dari jarak jauh menggunakan peranti realiti maya. 

Pada awalnya Model T akan diuji dalam jumlah yang kecil sebelum ia diperkenalkan ke 20 rangkaian kedari serbaneka menjelang 2022.

- Advertisement -

Penggunaan robot akan meningkat di Jepun kerana semakin ramai anak muda tidak mahu melakukan kerja leceh serta meningkatkan jumlah penduduk warga emas. 

Wabak Covid-19 mempercepatkan penggunaan robot di Jepun kerana ia mengurangkan interaksi antara manusia dan membenarkan kakitangan bekerja dari rumah.

SUMBER RUJUKAN: NEW ATLAS

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img