spot_img
spot_img

Platform baru untuk PKS

spot_img

PUTRAJAYA: Kira-kira 50,000 pro­­­­duk usahawan bumiputera akan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa termasuk ke China, Indonesia dan Australia melalui platform digital Just Order Conveniently on Mobile (JOCOM).

Langkah itu sebagai usaha untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama di bawah Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama) melalui kerjasama syarikat peruncitan dalam talian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif JOCOM, Joshua Sew berkata, syarikat berkenaan mempunyai pembeli bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat global seperti China.

- Advertisement -

“Peranan kami ialah untuk membantu syarikat PKS Melayu untuk mendigitalisasikan perniagaan bagi pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Perdasama sebagai usahasama mendigitalkan perniagaan usahawan Melayu di sini semalam.

Kerjasama ini juga menjadi platform dan peluang bagi usahawan-usahawan di bawah persatuan itu memasarkan barangan secara e-dagang sekali gus meluaskan jaringan pasaran produk mereka.

- Advertisement -

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker; Ketua Wanita Perdasama Putrajaya, Rohana Maamur dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng.

Mengulas lanjut, Joshua berkata, kerjasama tersebut akan memanfaatkan kedua-dua pihak dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara di samping menggalakkan usahawan muda menceburi perniagaan secara digital. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img