spot_img
spot_img

OnePlus Mungkin Akan Hadir Dengan OnePlus Buds Z – TWS Yang Lebih Murah

spot_img

OnePlus sejak kebelakangan ini mula memfokuskan kepada produk-produk yang dijual pada harga mampu milik.

Walaupun di Malaysia harga jualan adalah mahal, tetapi masih menarik untuk melihat pelbagai penawaran produk mampu milik OnePlus ini. 

Terkini, OnePlus dilaporkan mungkin akan hadir dengan OnePlus Buds Z– iaitu TWS yang lebih murah dari OnePlus Buds. “Z” adalah nama bagi produk audio mereka setakat ini, seperti Bullets Wireless Z – iaitu seakan Bullets Wireless 2 tetapi lebih murah.

- Advertisement -

Dengan penawaran OnePlus Buds Z ini, OnePlus mungkin akan bersaing degan produk seperti Redmi AirDots atau TWS lain yang berbentuk kecil serta kompak. 

Jika OnePlus Buds adalah klon AirPods yang berharga RM399 di Malaysia, mungkin kita boleh lihat klon Redmi AirDots pula berharga sekitar bawah RM200? Harapnya OnePlus akan menggunakan rekaan sendiri dan tidak meniru, agar tidak ditahan oleh kastam lagi apabila ingin dipasarkan di sesebuah negara. 

- Advertisement -

SUMBER RUJUKAN: @MAXJMB

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img