spot_img
spot_img

Jadual padat tahun depan tak risaukan Aaron

spot_img

PELBAGAI kejohanan bakal dihimpunkan tahun depan termasuk Piala Thomas, Piala Sudirman, Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik tidak menghadirkan kebimbangan buat pemain beregu lelaki, Aaron Chia. 

Selepas mendapat tahu Piala Thomas ditunda semalam, Aaron mengakui bahawa masa yang ada sekarang ini akan digunakan sebaik mungkin bagi mempersiapkan diri untuk musim memenatkan tahun depan. 

“Masa yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuat persiapan baik dari aspek mental dan fizikal bagi menghadapi kalendar saingan 2021,” katanya yang bergandingan bersama Soh Wooi Yik. 

- Advertisement -

Ujar pemain kelahiran Melaka itu, situasi sama juga akan dilalui semua pemain dan dia merasakan ia adil untuk semua. 

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan saingan Piala Thomas/Uber 2020 yang dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober ini ditunda susulan penarikan diri beberapa negara kerana bimbang dengan pandemik Covid-19 yang masih belum reda di seluruh dunia. 

Kejohanan berpasukan itu hanya akan diadakan pada 2021 tetapi masih belum ada tarikh yang ditetapkan. 

- Advertisement -

Kalendar 2021 akan menjadi padat ketika Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos selain beberapa kejohanan utama yang lain termasuk baki enam kejohanan kelayakan temasya berkenaan pada awal tahun depan dan Piala Sudirman 2021 (23 hingga 30 Mei). 

Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking nombor sembilan dunia menyambut baik keputusan BWF yang menunda saingan Piala Thomas/Uber disebabkan kebimbangan beberapa negara mengenai pandemik Covid-19.

“Saya fikir ia keputusan yang baik, adil untuk semua negara kerana masih ada yang bimbang dengan pandemik ini. “Seperti yang saya katakan, ia beri masa yang lebih kepada pemain untuk buat persiapan menghadapi saingan tahun depan,” katanya.

Ini adalah kali ketiga saingan Piala Thomas/Uber 2020 ditunda susulan pandemik Covid-19 yang mana kejohanan berkenan sepatutnya diadakan pada 16 hingga 24 Mei lalu.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img