TERKINI
Buletin Luar Negara PANAS TEKNOLOGI Trending

Kastam Amerika Tidak Ingin Memulangkan OnePlus Buds Kerana Meniru Rekaan Apple AirPods

September 15, 2020 11:36 am – aiman adzhar

Semalam, pihak kastam Amerika Syarikat telah merampas ribuan unit OnePlus Buds kerana disangka adalah klon AirPods.

Walaupun jelas sekali kotak mempunyai jenama, butiran dan nama “OnePlus Buds”, tidak dinafikan model yang berwarna putih ini mempunyai rekaan yang mirip AirPods.

Pihak OnePlus turut menciap bagi membalas ciapan pihak CBP untuk memulangkan kembali OnePlus Buds yang telah dirampas.

Hey, give those back! 🙃— OnePlus USA (@OnePlus_USA) 

September 14, 2020

Terkini, pihak CBP telah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan dan bertegas untuk tidak memulangkan TWS yang telah mereka rampas.

Menurut mereka, rekaan OnePlus Buds ini telah melanggar konfigurasi tanda dagang Apple yang telah Apple daftarkan dengan pihak CBP.

Mana-mana set TWS yang mempunyai rekaan mirip Apple dan sesuatu produk itu tidak memerlukan nama “Apple” pun. Mereka merampas produk ini mengikut akta 19 USC 1526 (e).

Cuma menurut sumber apa yang pelik, di pasaran Amerika Syarikat turut dibanjiri dengan produk klon atau mirip AirPods. Cuma kenapa produk OnePlus dipilih untuk dirampas.

Sedangkan Apple sendiri tidak mengambil tindakan ke atas OnePlus jika benar rekaannya meniru produk Apple.

Pihak CBP mengarahkan OnePlus memberikan bukti yang OnePlus Buds langsung tidak mempunyai rekaan mirip AirPods, tetapi pihak OnePlus tidak memberi sebarang maklum balas selepas melihat kenyataan dari pihak CBP ini.

SUMBER RUJUKAN: THE VERGE

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid