spot_img
spot_img

Instagram perkenal aplikasi cabar TikTok

spot_img


LOS ANGELES: Facebook Instagram melancarkan aplikasi video pendek popular Instagram Reels, yang menyamai TikTok, lapor agensi berita Arab Saudi memetik AP.

Fungsi Instagram baharu itu membolehkan pengguna merakam dan mengedit video berdurasi 15 saat dengan audio, dan memberi peluang kepada pengguna untuk menambah kesan visual.

Pengguna juga akan dapat berkongsi Reels dengan pengikut di Instagram, melalui Reels in Explore, atau dalam ‘Story’ dan akan padam selepas 24 jam.

- Advertisement -

Pilihan Reels akan tersedia di aplikasi Instagram.

Syarikat ini telah menguji Reels di Brazil bermula November dan di Perancis, Jerman serta India sejak awal musim panas.

-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img