spot_img
spot_img

Hanya pihak terdesak, terancam persoal status pendaftaran PN – Hamzah

spot_img

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media, beliau menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai terdesak dan ketandusan isu dalam menghadapi kempen PRN tersebut.Malah, katanya tindakan itu dibuat kerana bimbang dan terancam melihat penerimaan baik rakyat terhadap PN kebelakangan ini.”Selaku Setiausaha Agung Perikatan Nasional, saya ingin menegaskan bahawa pendaftaran PN telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Ogos 2020 dan teratur mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang di atas kertas undi,” jelasnya.Katanya, semua calon PN yang bertanding menggunakan logo PN telah diumumkan layak untuk bertanding pada hari penamaan calon 12 September lalu.

BACA : Gabungan PN telah didaftarkan dan diluluskan, kata RoS

- Advertisement -

Ujarnya, PN akan terus memperkasakan jenteranya dalam memastikan kemenangan semua calon yang bertanding.Malah, beliau yakin bahawa isu yang disifatkannya berunsur fitnah dan berniat jahat itu tidak akan mempengaruhi keputusan para pengundi untuk memilih PN sebagai parti yang prihatin dan membela rakyat.Hamzah turut melampirkan surat rasmi yang diterimanya daripada SPR berkenaan kelulusan PN menggunakan simbol parti dalam pilihan raya.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img