spot_img
spot_img

Bateri peranti boleh pakai Huawei tahan dua minggu

spot_img
Bateri peranti terbaharu Huawei, Watch GT 2 Pro mempunyai jangka hayat selama dua minggu

KUALA LUMPUR: Huawei yakin langkahnya memperkenalkan peranti boleh pakai yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga dua minggu mampu menarik ramai pengguna untuk beralih kepada produknya itu.

Presiden Barisan Produk Kesihatan dan Peranti Boleh Pakai Pintar Huawei, Rico Zhang, berkata pengguna jam tangan pintar itu kebiasaannya berdepan masalah kuasa bateri yang tidak bertahan lama.

Katanya, disebabkan itu Huawei memperkenalkan peranti terbaharu, Watch GT 2 Pro yang baterinya mempunyai jangka hayat selama dua minggu bagi mengatasi masalah pengguna terpaksa mengecas peranti secara kerap sebelum ini.

- Advertisement -

“Ciri-ciri ini yang membezakan Huawei dengan pesaingnya yang lain dalam pasaran peranti boleh pakai kerana kami percaya produk yang baik seharusnya membolehkan pengguna untuk memakainya bagi jangka masa panjang.

“Selain itu, kami juga menawarkan beberapa ciri praktikal lain termasuk pemantauan degupan jantung berterusan dan pengesanan oksigen dalam darah,” katanya pada sidang media secara maya.

Ia sempena Persidangan Pembangun Huawei 2020 yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Shenzhen, China selama tiga hari bermula Khamis lalu.

- Advertisement -

Mengenai potensi peranti boleh pakai pada masa depan dan adakah ia akan menggantikan telefon pintar, Rico berkata, beliau tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku pada masa akan datang.

Sebaliknya, beliau berkata ia akan melengkapi ekosistem sedia ada dan memudahkan lagi kerja manusia seperti telefon pintar yang kini mula digunakan bersama-sama dengan komputer bagi tujuan kerja.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Perniagaan Tablet dan PC Huawei, Cheng Lei, berkata syarikat bakal memperkenalkan komputer riba dengan saiz skrin lebih besar iaitu 15 inci dan 16 inci pada masa akan datang.

Katanya, ia bagi memenuhi keperluan sesetengah penggunanya yang mahukan saiz skrin yang lebih besar bagi tujuan kerja.

“Awal tahun ini kami sudah melancarkan laptop baharu bersaiz 15 inci. Pada masa akan datang, mungkin kami akan memperkenalkan yang bersaiz 16 inci pula,” katanya pada sidang media berasingan yang diadakan kemudian.

Dalam pada itu Cheng berkata, pihaknya menerapkan tiga perkara sebagai DNA utama dalam penghasilan laptop syarikat itu dalam siri MateBooknya, iaitu reka bentuk, inovasi dan pengalaman yang hebat.

“Ketiga-tiganya membentuk DNA keluarga MateBook yang mana kami percaya, mobiliti adalah amat penting. Ia bukan sekadar ultra nipis atau ultra ringan, tetapi keseluruhan konsep pakej yang kami tawarkan kepada pengguna.

“Sebagai contoh, untuk siri MateBook X, ia amat-amat ringan. Namun, untuk siri MateBook yang diperkenalkan hari ini, ia seimbang dari segi reka bentuknya yang nipis dan menawarkan prestasi memberangsangkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img