spot_img
spot_img

Program Srikandi anjur temuduga kerja

spot_img

Johor Bahru: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru menganjurkan satu sesi temuduga terbuka bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini di Pusat Kesihatan Komuniti Azlinda (Azlinda Unity Wellness Center) Taman Suria, di sini.

Ketua Srikandi Johor Bahru Azlinda Abdul Latif berkata, program itu adalah antara pengisian bagi Program Jom Semarakkan Srikandi Untuk Malaysia Prihatin.

Menurutnya, program sehari itu turut menganjurkan pasar pagi dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) bagi membuka peluang orang ramai untuk berbelanja sambil berjimat.

- Advertisement -

“Sesi khidmat nasihat bagi usahawan juga akan berlangsung bermula 9 pagi membabitkan Bank Simpanan Nasional (BSN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tekun Nasional dan Majlis Bandaraya Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara syarikat korporat yang terbabit bagi sesi temuduga yang bermula 10 pagi itu adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), AEON dan syarikat e-hailing dan Best Ride.

Azlinda yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, usahawan turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat mengenai pembiayaan perniagaan, pendaftaran perniagaan serta mendapatkan lesen perniagaan di program berkenaan.

- Advertisement -

Katanya, sempena program itu juga pihaknya akan menyampaikan biasiswa berjumlah RM168,000 bagi 30 pelajar mendalami pendidikan Perubatan Senaman yang disalurkan oleh sebuah institusi terkemuka, MS New Symphony Exercise Clinic.

“Terdapat juga sesi khidmat nasihat kekeluargaan yang bakal disampaikan oleh Pakar Fisiologi dan Pemakanan Sihat Dr Adibah Alawiyah dan Pakar Kekeluargaan dari Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rohana Mustafa.

“Penganjuran program ini dapat membuka peluang pekerjaan penduduk setempat selain ruang penyenaraian produk industri kecil dan sederhana (IKS) seperti barang makanan dan jahitan dihasilkan golongan B40,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi wakil penganjur di talian 017-7222945 atau 012-7072982.

Sumber-HARIAN METRO

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img