TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

PRN Sabah: BN sekutu bertembung adalah politik norma baharu – Bung Moktar

September 14, 2020 10:52 am – zul

KINABATANGAN: Pertembungan 17 kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disifatkan politik norma baharu, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, apa yang dilakukan pihaknya adalah untuk memastikan calon yang ditampilkan menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini.

“Sebab itu dulu kita bertanding atas dasar kuota tetapi kali ini kita bertanding kerana mahu menang.“Sebelum kita letak calon (BN) kita telah membuat tinjauan beberapa tahun di Kawasan-kawasan itu. Walaypun saya tahu ada gagasan yang kecil hari tetapi percayalah saya ini adalah Langkah untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertembungan 17 kerusi melibatkan BN, PN dan PBS.Kerusi tersebut adalah Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan and Tanjung Aru

Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid