spot_img
spot_img

Pas siap sedia hadapi PRU15

spot_img

KOTA BHARU – Pas kini sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya ia diadakan pada bila-bila masa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan diperoleh hasil jentera parti itu di seluruh negara yang menerima perubahan secara demokrasi hingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pas lebih tumpu kepada politik semasa dalam mewujudkan perpaduan rakyat pada peringkat nasional hingga berjaya menubuhkan kerajaan PN.

- Advertisement -

“Menerima perubahan secara demokrasi dalam tempoh singkat ini memberi gambaran jentera Pas di seluruh negara bersedia untuk berdepan PRU15,” katanya pada sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas bagaimanapun belum menetapkan jumlah kerusi yang ingin ditandingi pada PRU15 kerana perbincangan berhubung perkara itu bersama Muafakat Nasional (MN) dan PN masih lagi berlangsung.

“Perbincangan kerusi antara sekutu belum dimuktamadkan lagi tetapi mengikut tradisi Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang dikuasai Pas.

- Advertisement -

“Di Kedah pula, Pas adalah parti yang mendominasi kerajaan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin dengan UMNO menerusi PN dan negara memerlukan sebuah kerajaan kukuh melalui PRU.

“Arahan untuk bersiap sedia sudah diberikan kepada semua ahli dan jentera parti di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, menurutnya, Pas akan mengerah jentera parti untuk membantu PN dan MN bertanding.

“Pas tidak meletakkan calon kerana dalam berparti tidak semestinya menjadi wakil rakyat.

“Sokongan akan menyusul dengan kehadiran pemimpin Pas ke Sabah bagi menggerakkan jentera untuk memastikan kemenangan di Sabah,” katanya.

Sumber-Sinar

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img