spot_img
spot_img

Osman dijangka menjadi penentu di Johor untuk PRN

spot_img

ISKANDAR PUTERI: Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada hari ini bakal menjadi penentu kepada keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada memperoleh sokongan Wakil Rakyat atau sebaliknya.

Ini berikutan terdapatnya satu aturan penting mesyuarat iaitu sesi pengundian bagi menentukan sama ada lima usul yang dibentangkan kerajaan akan diterima atau ditolak.

Lima usul itu adalah Pakej Rangsangan Ekonomi, bajet tambahan, pelantikan jawatankuasa dewan, pelantikan Ahli Dewan Negara dan usul pengurangan cukai tanah.

- Advertisement -

Meskipun PN dilihat cukup mampu meraih majoriti mudah memperoleh sokongan kerana mempunyai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), namun pergolakan politik sejak kebelakangan ini boleh memberi kesan sebaliknya.

Hal itu susulan wujudnya ura-ura segelintir melibatkan 12 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian merangkap ADUN Kempas yang dikatakan ingin meninggalkan parti.

Kerajaan PN kini mempunyai kelebihan 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi dan seandainya Osman berpihak kepada pembangkang, maka undi Speaker menjadi penentu sama ada ada ingin menyokong usul atau tidak.

- Advertisement -

Melainkan Osman berkecuali ataupun kekal menyokong PN, maka ia tidak akan sebarang kesan kepada sebarang usul.

Jika kelima-lima usul atau salah satu usul gagal mendapat sokongan, ia menandakan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad tidak mendapat sokongan Wakil Rakyat PN.

Dalam situasi itu, beliau boleh memilih untuk meletakkan jawatan atau menasihati Sultan Johor untuk membubarkan DUN sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Walaupun Osman sebelum ini berkali-kali menegaskan masih menyokong PN dan ahli Bersatu, namun bekas Pengerusi Bersatu Johor itu boleh mengubah pendirian pada saat-saat akhir jika melihat kekecewaannya terhadap Bersatu sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi, beliau dijangka mengambil bahagian dalam perbahasan terhadap satu usul yang bakal dibentangkan hari ini dan ia tidak langsung boleh menghangatkan suhu dewan.

Terdahulu, hari kedua sidang DUN dimulakan dengan sesi soalan lisan. -UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img