TERKINI
BERITA PANAS TEKNOLOGI Trending

Oracle Dilaporkan Memenangi Bidaan untuk Membeli Operasi TikTok Di Amerika Syarikat

September 14, 2020 11:10 am – aiman adzhar

Microsoft pada awal hari ini telah mengatakab ByteDance menulak tawaran pengambil-alihan mereka, dan kini laporan susulan hadir mengatakan Oracle telah memenangi bidaan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Berbeza dengan pengambil-alihan sepenuhnya, sebaliknya Oracle akan dinamakan sebagai rakan kerjasama teknologi untuk TikTok di Amerika Syarikat – sekaligus menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul dikaitkan dengan sekuriti dan privasi.

Buat masa ini, ByteDance dan Oracle masih belum mengumumkan sebarang perkara berkenaan hal ini secara rasminya. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan kerjasama Oracle dan ByteDance dalam beberapa hari lagi.

Summer Rujukan: WSJ

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid