TERKINI
Buletin PANAS TEKNOLOGI

Nvidia Mengesahkan Akan Mengambil-Alih Arm Pada Nilai $40 Billion

September 14, 2020 10:49 am – aiman adzhar

NVIDIA hari ini mengesahkan mereka akan mengambil-alih syarikat semikonduktor terkemuka ARM dari Softbank pada nilai mencapai $40  bilion.

NVIDIA mengatakan mereka akan kekal meneruskan penawaran lesen terbuka Arm kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama menyertakan pelesenan Arm bersama portfolio teknologi dari NVIDIA.

Arm juga akan terus beroperasi sebagai syarikat yang berpusat di UK selepas pengambil-alihan ini.

Arm pada hari ini menawarkan rekaan untuk cip pemprosesan yang  digunakan oleh sejumlah besar peranti mudah-alih, termasuk pada cip keluaran Samsung, Qualcomm, Apple, Huawei  dan sebagainya. 

Seperti biasa, pengambil-alihan ini masih tertakluk kepada kebenaran daripada pihak berkuasa.

SUMBER RUJUKAN: NVIDIA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid