spot_img
spot_img

Henti sindiran politik antara satu sama lain dalam PN

spot_img

ISKANDAR PUTERI – Semua ahli dan pemimpin parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang kini mentadbir Kerajaan Negeri Johor perlu menghentikan sebarang provokasi kerana boleh mengakibatkan ketidakstabilan dan kegusaran rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, sindiran politik antara satu sama lain akan mengakibatkan perpecahan, malah tidak harus disensasikan.

“Di dalam kesukaran rakyat menghadapi kemelut akibat musibah Covid-19, seharusnya semua parti politik terutama pemimpin parti yang tidak memegang jawatan menghentikan segala provokasi politik.

- Advertisement -

“Sindiran politik dengan percaturan yang akan mengakibatkan perpecahan dan ketidakstabilan politik terutama terhadap gabungan parti kerajaan baharu ini tidak harus disensasikan kerana ia hanya akan mewujudkan perpecahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Menurutnya, jika berlarutan bimbang berlakunya perpecahan dalam PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang boleh berlaku bila-bila masa.

- Advertisement -

“Sebelum ini ada yang menyatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cuma menumpang kekuatan. Tidak boleh cakap begitu kerana kita sama-sama sebagai komponen yang membentuk PN,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor itu membuat ucapan penggulungan Sidang DUN Johor dengan menyelar sindiran politik yang dibuat pemimpin parti tertentu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img