spot_img
spot_img

Alibaba Dilaporkan Ingin Melabur Sehinngga $3 Bilion Pada Grab

spot_img

Selain dari laporan mengatakan Grab dan Gojek sedang dalam perbincangan untuk bergabung, kini turut  hadir laporan baru mengatakan Alibaba dalam perbincangan untuk melabur pada syarikat swapandu Grab.

Menurut Bloomberg, Alibaba dalam perbincangan untuk melabur  sekitar $3 bilion pada Grab Holdings Inc.

Grab sedia menawarkan sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk perkhidmatan seru-pandu, makanan, dan turut telah mula memfokuskan kewangan.

- Advertisement -

Seperti ramai sedia maklum, Alibaba sedia membuat pelaburan pada sejumlah syarikat, dan telah mula melihat kepada syarikat-syarikat yang berpusat di Asia Tenggara sejak kebelakangan ini. Mereka turut telah mengambil-alih Lazada beberapa tahun lepas.

Buat masa ini, perbincangan pelaburan oleh Alibaba ke Grab ini masih pada peringkat awal, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img