TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

500 ahli IKSNITA sertai Bersatu

September 14, 2020 10:40 am – zul

KOTA KINABALU:┬áKetua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun pada Ahad menerima permohonan 500 ahli Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA) bagi menyertai parti berkenaan.Borang keahlian diserahkan wakil mereka, Presiden IKSNITA Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal, selepas majlis ramah mesra bersama Rina, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini semalam.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Rina berkata ini membuktikan bahawa parti berkenaan terus menjadi pilihan rakyat di Sabah.”Hari ini kita menerima lagi borang permohonan untuk menyertai Bersatu dan ini membuktikan kita semakin kuat dan telah mendapat tempat di hati orang-orang Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai calon wanita daripada Bersatu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, beliau berkata apa yang penting ialah kualiti individu yang bertanding.”Walaupun ramai calon wanita yang layak, apa yang kita mahu ialah calon yang berkualiti dan mampu menang dalam PRN Sabah ini,” katanya.Hanya seorang calon wanita daripada Bersatu yang bertanding iaitu Norlizah Gurahman di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor.

Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid