TERKINI
Buletin Pendapat Politik Resepi

PRN Sabah: Muhyiddin adakan perjumpaan dengan pemimpin PN, BN

September 11, 2020 1:55 pm – zul

KOTA KINABALU, 11 Sept  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. 

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba pada pukul 10.35 pagi, disambut oleh pemimpin-pemimpin berkenaan, sebelum beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan lebih 20 pemimpin, dan perjumpaan masih berlangsung ketika berita ini ditulis. 

Antara yang hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agong PBS Datuk Jahid Jahim. 

Turut hadir Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 26 Sept ini sebagai hari mengundi.

Sumber-BERNAMA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid