TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

PN dan rakan sekutu dijangka bertembung di 11 kerusi

September 11, 2020 9:53 am – zul

KOTA KINABALU, 10 Sept  — Berdasarkan kepada nama-nama calon yang diumumkan hari ini, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).

Secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.

PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan telah ditetapkan pada Sabtu manakala hari mengundi pada 26 Sept.

PN, BN dan PBS, akan menggunakan simbol masing-masing pada PRN ini.

Sementara itu Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan UPKO (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi. PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.

Warisan, UPKO dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini.

Sumber-BERNAMA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid