spot_img
spot_img

IOC teruskan Olimpik Tokyo

spot_img

SYDNEY: Olimpik Tokyo yang tertangguh akan tetap diteruskan tahun depan tanpa mengira situasi pandemik COVID-19, kata naib presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) John Coates.

Temasya sukan terbesar dunia itu belum pernah dibatalkan selain daripada ketika perang dunia, dan Coates berkata dia yakin Olimpik Tokyo akan berjalan seperti dirancang.

“Ia akan tetap berlangsung dengan atau tanpa COVID-19. Temasya akan bermula pada 23 Julai tahun depan,” kata Coates.

- Advertisement -

Olimpik 2020 ditunda selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.

Bagaimanapun sempadan Jepun masih ditutup kepada pelancong dan dengan ketiadaan vaksin untuk tempoh beberapa bulan atau tahun akan datang, timbul spekulasi berkenaan pembatalan temasya empat tahun sekali itu.

Jawatankuasa khas ditubuhkan membabitkan pegawai IOC dan Jepun untuk menilai senario pada tahun 2021 – bagaimana kawalan sempadan akan memberi kesan kepada pergerakan atlet serta pegawai, dan sama ada peminat boleh hadir.

- Advertisement -

“Tugas mereka sekarang ialah melihat langkah yang diperlukan untuk memastikan temasya berlangsung.

“Ada negara yang dapat mengawal (COVID-19), ada yang tidak. Kita akan menerima atlet dari negara yang situasinya terkawal dan ada yang tidak.

“Ada 206 pasukan… jadi tugas besar menanti Jepun,” katanya. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img