spot_img
spot_img

ECRL : Jangan ketepikan syarikat tempatan

spot_img

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meminta kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) mempertimbangkan aspek lokaliti dengan melibatkan syarikat-syarikat anak tempatan dalam pemberian kontrak pembangunan projek mega tersebut di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kaedah pemberian kontrak yang ketat oleh syarikat dari China itu seolah-olah menutup ruang untuk syarikat anak tempatan mendapatkan projek tersebut.

Katanya, Terengganu memiliki 40 peratus nilai projek mega berkenaan iaitu bersamaan dengan RM3 bilion untuk dipenuhi kontraktor tempatan.

- Advertisement -

“Kita sedar CCCC mempunyai kaedah pemberian kontrak yang ketat dan sukar untuk dipenuhi syarikat tempatan, tetapi dalam masa sama mereka harus faham keadaan di Malaysia terutama aspek lokaliti di Terengganu.

“Saya buat contoh harga, jika nilai bagi projek pembinaan yang ditetapkan terlalu rendah tentunya syarikat tempatan tidak mampu bersaing (kerana kos bahan adalah tinggi).

“Walaupun CCCC sudah menetapkan standard tetapi mereka perlu mempertimbangkan aspek lokaliti supaya akhirnya ada syarikat di negeri ini yang mendapat projek itu,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembentukan Konsortium antara Ahmad Zaki Sdn. Bhd. dengan GPQ Sdn. Bhd. dan MMC Engineering Sdn. Bhd. dengan P-Excell Management Sdn. Bhd. bagi projek ECRL di Hotel Primula di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Putih.

Ahmad Samsuri berkata, bagi memastikan projek ECRL dinikmati semua rakyat tempatan, kerajaan negeri dalam mesyuarat mingguan Exco semalam turut mengambil inisiatif mewujudkan jawatankuasa kordinator bagi kerja projek mega tersebut.

Katanya, penubuhan jawatan­kuasa yang dipengerusikan oleh Mamad itu akan menyelaras bidaan projek ECRL bagi memastikan penglibatan kontraktor tempatan pada kadar maksimum. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img