spot_img
spot_img

Pelumba senior sandaran PKBM

spot_img

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mempertaruhkan atlet senior ke temasya Sukan Sea Vietnam tahun depan. 

Perkara itu sudah dipersetujui Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas sesi perjumpaan bersama persatuan sukan hari ini.

Koordinator pasukan, Kamarul Aizad Othman berkata, ini kerana penyertaan skuad negara kali ini adalah misi bertanding untuk menang dan bukan penyertaan menimba pengalaman selain percubaan membawa kembali pulang emas dalam acara lebuh raya yang kali terakhir dimenangi di Sukan Sea Singapura 2015 menerusi Harrif Salleh. 

- Advertisement -

“75 peratus pasukan basikal negara akan dibarisi pelumba senior dan hanya 25 peratus junior yang mana hanya terbaik akan dipilih. 

“Perkara itu sudah dijelaskan kepada MOM dan mereka menerima alasan kami. Ini kerana berdasarkan pengalaman dan statistik pemenang di temasya lalu kesemua pelumba yang meraih pingat terdiri daripada mereka yang berusia 22 tahun ke atas,” katanya. 

Untuk rekod pada temasya Sukan Sea Vietnam tiada acara trek dipertandingkan dengan penganjur hanya akan menawarkan sembilan emas untuk acara lebuh raya. 

- Advertisement -

Seramai 22 atlet akan dipilih membabitkan enam pelumba untuk acara lepas beramai-ramai, ujian masa berpasukan (4), ujian masa individu (2), basikal bukit (4). 

Bagi kategori wanita empat dalam acara lebuh raya dan dua ujian masa individu.

Pada penyertaan di temasya lalu skuad berbasikal membawa pulang satu gangsa dalam acara BMX menerusi Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff.

-Aida Adilah Mat MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img