spot_img
spot_img

Lutsenko ungguli peringkat ke-6

spot_img

PELUMBA pasukan Astana, Alexey Lutsenko meraih kejayaan terbesar dalam kariernya apabila menjuarai peringkat keenam Tour de France (TdF) hari ini manakala pelumba Britain, Adam Yates mengekalkan jersi kuning pendahulu. 

Lutsenko meninggalkan kelompok besar pada peringkat pendakian ketika perlumbaan berbaki 17km daripada keseluruhan 191km menuju Gunung Aigoual.

Yates pula menamatkan perlumbaan dalam kelompok pencabar jersi kuning dengan Julian Alaphilippe memecut menuju penamat seperti melepaskan geram selepas dikenakan penalti 20 saat semalam. 

- Advertisement -

“Ia berjalan dengan baik. Berlumba bersama pelumba hebat, kita perlu kawal tetapi ia hari yang baik buat kami,” kata Yates. 

“Esok sepatutnya lebih mudah,” kata Yates ketika ditanya perlumbaan esok yang lebih landai di mana dia dijangka mengekalkan kedudukan pendahulu. 

Sementara itu, Lutsenko dari Kazakhstan gembira dengan kejayaannya. 

- Advertisement -

“Ia kemenangan paling indah dalam karier saya,” kata juara kebangsaan Kazakh itu yang juga menjuarai peringkat Vuelta. 

“Ia juga penting buat pasukan Astana.”

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img