spot_img
spot_img

Rela lepaskan Khairul Hafiz, Haiqal

spot_img

SIAPA yang tidak bangga jika satu hari nanti kejayaan berjaya dilakarkan oleh dua jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi terutama di peringkat antarabangsa. 

Sebagai seorang jurulatih, Mohd Poad Md Kassim pastinya beliau mahu yang terbaik untuk kedua-dua anak didiknya itu, justeru melepaskan mereka pergi untuk berlatih di bawah bimbang Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Dwayne Miller adalah untuk kebaikan semua. 

Kata Poad, selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai atasan dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOM menerusi aplikasi zoom, beliau sangat memahami situasi yang perlu dilakukan untuk membentuk pasukan berganti-ganti yang mantap.

- Advertisement -

Justeru demi negara, beliau tiada masalah untuk menyerahkan dua atletnya itu berlatih di bawah Miller.

“Selepas perbincangan dengan MSN dan KOM, saya rasa lega sebab boleh bercakap dengan mereka yang bertanggungjawab. 

“Melepaskan mereka pergi itu adalah yang terbaik sebenarnya. Sebagai jurulatih, saya memahami situasi yang diperlukan dalam membentuk satu pasukan yang mantap.

- Advertisement -

“Miller juga seorang jurulatih yang berpengalaman, jadi tiada apa yang perlu saya risaukan.

“Saya berdoa kedua-dua mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan Miller secepat mungkin,” katanya.

Kedua-dua pemenang pingat emas acara 100m Sukan SEA, Khairul Hafiz (KL 2017) dan Muhammad Haiqal (Filipina 2019) itu sudahpun berlatih bersama Miller susulan perancangan KOM untuk menempatkan secara berpusat kesemua atlet pecut elit kebangsaan di bawah kendalian jurulatih berasal dari Amerika Syarikat itu sejak dua minggu lalu.

KOM sebelum ini menjelaskan keputusan meletakkan kedua-dua atlet itu di bawah kendalian Miller bukan berniat ‘merampas’, sebaliknya hanya ingin memberikan yang terbaik.

Berasal dari Amerika Syarikat, Miller mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kejurulatihan dan pernah membantu atlet Amerika Syarikat LaShawn Merritt merangkul dua emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x400m dengan memecahkan rekod Olimpik.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img