spot_img
spot_img

PKP beri hikmah buat Aifa

spot_img


TEMPOH dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan sebaik mungkin oleh pemain skuasy remaja negara, Aifa Azman bagi memastikan kecederaan lutut yang dialami pulih sepenuhnya. 

Pemain berusia 18 tahun itu mengakui bahawa PKP memberi hikmah kepadanya dan dia kini tampil dengan lebih bersemangat untuk memburu lebih banyak kejayaan biarpun hingga kini belum ada sebarang maklumat berhubung dengan jadual pertandingan. 

“Memang tidak dinafikan PKP ada kebaikan dan keburukannya namun ia memberi banyak yang positif kepada saya. 

- Advertisement -

“Dalam tempoh PKP ini banyak kebaikan yang saya dapat. Kecederaan saya pulih sepenuhnya. Berat badan saya berkurangan dan mental saya lagi kuat berbanding sebelum ini. Saya menjadi Aifa yang baru,” katanya. 

Katanya, untuk terus kekal berada di tahap terbaik, dia turut mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Nicol David dengan bertanyakan bagaimana cara mengekalkan tahap kecergasan dalam keadaan waktu seperti PKP.

Dalam perkembangan yang sama, Aifa yang kini menghuni ranking ke-68 dunia, mengharapkan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Remaja Dunia pada Disember ini mengambil alih penganjuran daripada Australia yang membatalkan kejohanan itu berikutan pendamik Covid-19, 

- Advertisement -

“Saya memang sasarkan untuk Kejohanan Remaja dunia kerana ini adalah peluang yang terakhir. Sebaik dapat memulakan latihan memang kejohanan itu menjadi sasaran. 

“Selepas Australia membatalkannya, saya dimaklumkan Malaysia bersedia untuk memohon untuk menganjurkannya dan jika berlaku saya akan berusaha memberikan yang terbaik,” katanya yang kali terakhir beraksi Mac lalu di Kejohanan PSA India namun terkandas di separuh akhir berikutan kecederaan lutut yang dialaminya.

-MyMetro Arena Aida Adilah Mat

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img