spot_img
spot_img

Tunggu lampu hijau MAKAF

spot_img

SATU pertemuan khas bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail sudah dilakukan oleh jaguh karate negara, R Sharmendran berhubung keinginan untuk menjalani latihan di luar negara.

Bagaimanapun, keputusan terletak di tangan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sama ada akan membenarkan atlet keluar negara atau tidak.

Ini kerana keadaan masih tidak mengizinkan berikutan beberapa negara yang sering menjadi pusat latihan atlet karate seperti Mesir dan Kazakhstan masih belum selamat untuk dikunjungi.

- Advertisement -

Justeru bagi pemenang pingat emas lelaki bawah 75 kilogram (kg) di Sukan Sea Kuala Lumpur (2017) itu, dia perlu menggunakan segala kemudahan yang ada di MSN untuk mengoptimumkan latihan.

“Minggu lepas saya sudah bertemu dengan Datuk Shapawi dan buat ketika ini lebih selamat berada di Malaysia,” katanya.

Dia dan skuad kebangsaan sempat menjalani latihan di Latvia, namun terpaksa pulang gara-gara penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

- Advertisement -

Bagaimanapun atlet berusia 28 tahun itu mengakui agak sukar untuk mendapatkan semula skil, teknik dan taktik ketika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia memerlukan rakan sepelatih yang terbaik.

“Latihan setakat ini semua berjalan lancar. Untuk kekalkan tahap kecergasan fizikal itu tidak ada masalah. Kami boleh ke gimnasium. Tapi untuk teknik dan skil itu perlu ada rakan sepelatih yang okey.

“Sekarang ini nak keluar tak boleh, jadi kami hanya berlatih bersama atlet junior. Cuba apa yang boleh,” katanya.

Sharmendran berkata, MAKAF memaklumkan bahawa akan ada pertandingan kebangsaan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini selain kejohanan liga tahun depan.

Untuk rekod selain Sharmendran, S Prem Kumar turut berpotensi untuk layak ke temasya Olimpik Tokyo dengan pusingan kelayakan terakhir akan berlangsung Mei tahun depan di Paris.

-MyMetro Arena (Aida Adilah Mat)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img