spot_img
spot_img

‘Susah berlatih setengah-setengah’

spot_img

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele berharap pasangan profesional dapat menjalani latihan secara sepenuh masa bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas 2020.

Justeru, dia akan berbincang bersama Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann bagi membolehkan Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dibenarkan berbuat demikian.

Jurulatih dari Indonesia itu berkata, sukar untuk dia melatih dan membuat penilaian ketika mereka hanya hadir menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sebanyak dua kali seminggu.

- Advertisement -

“Seharusnya, semua pemain perlu menjalani latihan sepenuh masa bersama, tidak boleh hanya setengah-setengah. Jadi, perkara ini saya akan bincangkan bersama Choong Hann dan pengurusan BAM untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya kepada BH Sukan.

V Shem-Wee Kiong dan Ee Yi-Yew Sin dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan sejak 15 Julai lalu sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark yang akan bermula dari 3 hingga 11 Oktober depan.

Walaupun belum membuat keputusan mengenai senarai beregu yang akan dipilih, namun Flandy memberi bayangan khidmat dua pasangan profesional itu diperlukan memperkuatkan cabaran skuad negara.

- Advertisement -

“Pemain profesional memiliki kriteria dan khidmat mereka memang diperlukan. Namun, perlu buat persiapan yang terbaik, tidak boleh separuh jalan.

“Semua pemain yang akan beraksi pada Piala Thomas perlu persiapan terbaik dan perlu dilihat kuat secara berpasukan memandangkan ini adalah kejohanan berpasukan,” katanya.

V Shem-Wee Kiong menjadi watak utama skuad negara dalam tiga edisi terakhir saingan berprestij itu sebelum ini dengan pencapaian terbaik ketika membantu Malaysia muncul naib juara pada 2014 di New Delhi, India.

Ee Yi-Yew Sin pula membuktikan betapa mereka berhak mendapat tempat dalam skuad negara untuk kempen kali ini selepas muncul naib juara Kejohanan Jemputan BAM, minggu lalu, tewas kepada pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi final.

Pada kempen kali ini, Malaysia yang kali terakhir muncul juara pada edisi 1992 di Kuala Lumpur diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia, England dan Belanda.

-Berita Harian Sukan (oleh Helmi Takah)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img