spot_img
spot_img

Muafakat Nasional terima penyertaan Bersatu

spot_img

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) bersetuju menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memantapkan penyatuan dan penyatuan orang Melayu selaras dengan piagam MN yang termaktub sebelum ini.

Setiausaha Agung Bersama MN merangkap Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO amat prihatin dan mengambil berat usaha menyatupadukan orang Melayu serta membina kekuatan kelompok teras Melayu Islam.

“Ia adalah satu kewajipan dan keutamaan yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO itu sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, usaha memantapkan MN mendapat suntikan tambahan apabila pihaknya dimaklumkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kesediaan parti itu untuk turut menyertai MN.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa Pemandu MN yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 6 Ogos 2020.

“Susulan daripada itu surat rasmi telah diutus pada 13 Ogos 2020. Jawapan rasmi kesediaan Bersatu menyertai MN telah diterima pada 18 Ogos 2020 ditandatangani oleh Muhyiddin sendiri.

- Advertisement -

“Biro Politik UMNO telah membincangkan perkembangan terbaharu ini pada 23 Ogos 2020 dan turut melibatkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi BN Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar menegaskan, UMNO dan Pas secara komited telah membentuk gagasan MN kerana menginsafi bahawa kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah lantaran perpecahan yang semakin parah.

“Sejak tertubuh, kita bersyukur kerana MN semakin diterima rakyat pelbagai kaum dan diperlihatkan dengan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri pilihan raya kecil yang diadakan,” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img