spot_img
spot_img

Guardiola pujuk Messi ke Etihad

spot_img

MADRID: Lionel Messi sudah menghubungi bekas mentornya Pep Guardiola berkenaan perpindahan ke Manchester City, lapor media Sepanyol.

Ia susulan tindakan Messi yang mengejutkan pengurusan di Nou Camp apabila menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab.

Inter Milan dan City mula memantau pergerakan bintang Barcelona itu selepas dia mula menunjukkan kekecewaannya bersama gergasi Sepanyol berkenaan.

- Advertisement -

Menurut media tempatan Catalunya, bos City Guardiola, yang pernah empat musim bersama Messi di Barca, sudah berbincang dengan pemain itu.

Ketika bergandingan, mereka memenangi dua trofi Liga Juara-Juara dan tiga gelaran La Liga.

Peguam mewakili pemain 33 tahun itu menghantar faks kepada Barcelona mengatakan keinginan Messi untuk mengakhiri kontraknya menerusi klausa pelepasan.

- Advertisement -

Namun kelab percaya klausa berkenaan tidak boleh dipakai kerana sudah tamat tempoh, dan Messi perlu kekal sehingga musim panas tahun depan.

Bagaimanapun situasi luar biasa liga yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 akan dijadikan sandaran buat pasukan peguam Messi untuk menghidupkan kembali klausa itu – yang tamat 10 Jun lalu.

– AGENSI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img